|
Bagaimana Jabatan Perkhidmatan
Kajicuaca Malaysia memonitor La-Nina ?
Apakah garis badai?
PEMONITORAN LA-NINA
- Memang telah diketahui bahawa perubahan tekanan udara atmosfera boleh
dikaitkan dengan penyejukan yang berlaku di bahagian tengah dan timur
kawasan tropika Pasifik. Para saintis telah menggunakan tekanan udara
permukan yang diukur di Darwin dan Tahiti untuk menghasilkan "indeks"
yang dinamakan Indek Ayunan Selatan (SOI). Apabila SOI menunjukkan nilai
positif yang ketara sekurang-kurangnya selama 6 bulan berturut-turut, kita
mengalami keadaan La-Nina.
- Jabatan Perkhidmatan Kajicuaca Malaysia (JPKM) memonitor pembentukan dan
evolusi La-Nina dengan memerhatikan dengan teliti SOI dan menggunakan
maklumat-maklumat lain daripada pusat-pusat kajiklim di seluruh dunia.
JPKM juga melakukan analisa-analisa keatas data-data meteorologi, samada
yang terdahulu atau pun yang terkini, yang diperolehi daripada rangkaian
pencerapannya. Ini membolehkan JPKM memberikan nasihat-nasihat kepada
orang awam berhubung dengan kesan-kesan La-Nina termasuk
perubahan-perubahan cuaca yang berlaku di Malaysia dan laut sekitarnya.
GARIS BADAI
Garis badai ialah istilah yang digunakan bagi menjelaskan tentang garisan
ribut petir yang bergerak. Panjangnya boleh mencapai seratus kilometer dan
mempunyai tempoh hayat beberapa jam yang di anggap lebih lama daripada
komponennya ribut petir. Garis badai menghasilkan langkisau dan hujan lebat
yang dahsyat serta meluas berbanding dengan ribut petir individu.
Garis badai kerap dilihat semasa monsun barat daya di sepanjang pantai
barat Semenanjung Malaysia dan kawasan pantai Malaysia Timur menghadap Laut
China Selatan.
Di Semenanjung Malaysia, garis badai merujuk kepada "Sumatras"
yang terbentuk di sepanjang Selat Melaka pada waktu malam dan menjelang subuh.
Ia cenderung bergerak ke arah timur ketika pagi dan menjejaskan negeri-negeri
pantai barat Semenanjung Malaysia.
Garis badai di Malaysia Timur juga mempamirkan ciri-ciri yang sama, iaitu
terbentuk di luar pesisir pantai pada sebelah malam sebelum melanda ke daratan
pada waktu pagi.
Apakah yang terjadi apabila badai datang?
|

|
Anda dapat mencerap ciri pembentukan awan, iaitu jalur tebal awan
kumulonimbus yang naik meninggi dan datangnya dari laut
|
|

|
Kelajuan angin meningkat secara mendadak menjadi langkisau semasa
garis badai datang menghampiri.
|
|

|
Suhu menurun dengan tiba-tiba.
|
|

|
Laluan garis badai kerap disertai dengan guruh, kilat dan hujan
lebat.
|
|

|
Apabila sampai di daratan, haba pendam pemeluwapannya hilang dan
garis badai melesap dengan cepat.
|
|

|
Keamatan curahan hujan mengurang dan keadaan kembali normal
kira-kira sejam kemudian.
|
|