Wawasan
Misi
Objektif
Fungsi
Sejarah
Carta Organisasi
Piagam Pelanggan
Peta Lokasi JPKM

WAWASAN

Menjadi pusat kajicuaca utama serantau, membekalkan khidmat kajicuaca nasional yang cemerlang bagi menyokong kelangsungan pertumbuhan sosio-ekonomi negara dan memainkan peranan penting dalam pelbagai aktiviti kajicuaca antarabangsa.

Misi

Mencerap dan memahami cuaca dan iklim Malaysia, dan membekalkan pelbagai khidmat kajicuaca, kajiklim, kajicuaca pertanian, seismologi, dan oseografi fizikal dalam membantu pertumbuhan dan aktiviti-aktiviti sosioekonomi negara disamping memenuhi kewajipan negara.

ObjeKTIF

 
Membekalkan khidmat kajicuaca bagi keselamatan dan kecekapan operasi kedua-dua penerbangan awam dan tentera, dan pelbagai aktiviti marin.
Membekalkan khidmat kajicuaca dan seismologi bagi keselamatan dan keselesaan awam.
Membekalkan maklumat dan khidmat nasihat dalam bidang berikut kepada pengguna bagi tujuan kajian kebolehlaksanaan, perancangan, dan pengurusan pelbagai projek dan aktiviti ekonomi lain:
 
Kajiiklim
Kajicuaca Pertanian
Kajicuaca Hidro
Seismologi
Pencemaran Udara
  
Mengumpul dan mengarkib data kajicuaca dan seismologi untuk menepati keperluan generasi akan datang bagi keseragaman dan kebolehpercayaan data kajiklim dan seismologi negara.
Memenuhi kewajipan antarabangsa dalam bidang kajicuaca dan seismologi.
Meningkatkan kefahaman dan kemajuan bidang sains kajicuaca dan seismologi.