Kriteria bagi mengeluarkan amaran angin kencang dan amaran hujan lebat ke sederhana

 

Kemungkinan berlaku luruan monsun dalam tempoh 24-48 jam.

n

Hujan monsun sederhana sedang berlaku untuk beberapa jam akan datang.

Sistem tekanan rendah/lekukan tropika dengan kelajuan angin 50-60 kmsj disertai hujan sederhana menjadi lebat.

Banjir di kawasan rendah dan tebing sungai.

Angin kencang dengan kelajuan angin 50-60 kmsj (pokok bergoyang, apabila berjalan melawan angin berasa tidak selesa) dengan hujan renyai menjadi sederhana dan akan bertahan sehingga 2 jam. 

 

Bumbung rumah boleh diterbangkan angin.

 

Hujan monsun yang lebat dan meluas berlaku atau dijangka berlaku dalam beberapa jam akan datang.

Ribut tropika/taufan dengan kelajuan angin sekurang-kurangnya 60 kmsj disertai hujan sederhana menjadi lebat.

Banjir berlaku di kawasan rendah dan tebing sungai.

Arus deras boleh membahayakan kanak-kanak yang bermain berdekatan dengan longkang besar dan tebing sungai.

Angin kencang dengan kelajuan sekurang-kurangnya 60 kmsj (dahan sekah, biasanya menghalang pergerakan yang menentang arah angin, berlaku kerosakan struktur) dengan hujan sederhana menjadi lebat dan bertahan sehingga 2 jam.

Bumbung rumah boleh diterbangkan angin.