KRITERIA UNTUK MENGELUARKAN AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA

Peringkat Amaran

Kriteria

Kesan Yang Mungkin Berlaku

Angin kencang dengan kelajuan dari 40-50 kmsj dan laut bergelora dengan ketinggian setinggi 3.0 meter

Lekukan tropika/ribut tropika dikesan di tengah laut (lebih dari 400 km atau 200 batu nautika dari pantai) membawa angin kencang dan laut bergelora dengan ketinggian gelombang seperti dinyatakan di atas.

Berbahaya kepada perahu-perahu kecil

Berbahaya kepada aktiviti rekreasi laut dan sukan laut 

Angin kencang dengan kelajuan dari 50-60 kmsj dan laut bergelora dengan ketinggian gelombang sehingga 4.0 meter

Lekukan tropika/ribut tropika dikesan di tengah laut atau EEZ Malaysia dan intensitinya meningkat .

Berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri

Berbahaya kepada semua aktiviti pantai

Angin kencang dengan kelajuan dari 60 kmsj dan laut bergelora dengan ketinggian gelombang sehingga 5.0 meter

Ribut tropika/taufan menghala ke arah kawasan pantai Malaysia

Berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan

Berbahaya kepada pekerja pelantar minyak

Berbahaya kepada semua aktiviti pantai