|
HUJAN LEBAT DAN BANJIR
KILAT
Di Johor Baru, Johor Pada 18 April 2006
Disediakan oleh
Jabatan Meteorologi Malaysia
|
|
1. PendahuluanHujan lebat dari aktiviti ribut petir tempatan di antara jam 3.30 hingga 5.30 petang menyebabkan bandar Johor Baru dilanda banjir kilat pada 18 April 2006. Keadaan arah angin permukaan yang tidak tetap dan kelajuan yang lemah serta atmosfera yang tidak stabil yang merupakan ciri-ciri monsun peralihan menggalakkan aktiviti perolakan intens yang akan mengakibatkan ribut petir dan hujan lebat di bebarapa tempat, terutama sekali di negeri-negeri pantai barat di Semanjung Malaysia. Satu analisis kejadian hujan menggunakan imej gema satelit dan gema radar untuk tempoh masa hujan lebat tersebut berlaku disediakan dalam laporan ini. 2. Imej Satelit pada 18 April 2006Gambar-gambar satelit cuaca MTSAT ditunjukkan di Lampiran A - Rajah 1a, Rajah 1b, Rajah 1c, Rajah 1d & Rajah 1e bagi tempoh 2.30 hingga 6.30 petang, 18 April 2006. Di Johor pembentukan awan perolakan bermula selepas 2.30 petang di kawasan penhujung selatan negeri tersebut. Diantara 3.30 dan 5.30 petang satu kelompok awan ribut menjadi lebih intens (berwarna merah dalam gambar satelit) yang menghasilkan ribut petir dan hujan lebat dikawasan bandar Johor Baru.3. Imej Radar Cuaca pada 18 April 2006Gema radar cuaca dari rangkaian stesen radar di Semenanjung Malaysia (Lampiran B - Rajah 2a, Rajah 2b, Rajah 2c, Rajah 2d, Rajah 2e, Rajah 2f, Rajah 2g, Rajah 2h, Rajah 2i, Rajah 2j, Rajah 2k & Rajah 2l) menunjukkan perkembangan dan kejadian ribut petir dan hujan lebat secara lebih terperinci. Rentatan gema radar pada selang masa setengah jam atau 20 minit merupakan gabungan enam radar cuaca di Semanjung Malaysia bermula dari jam 1.00 hingga 6.00 petang. Pada awal petang, pembentukan awan perolakan di satu dua tempat boleh di lihat di kawasan pantai barat dan tengera Pahang. Pada waktu tengah petang awan ribut telah berkembang ke beberapa tempat dan di penghujung selatan negeri Johor, satu kelompok awan ribut kechil sedang terbentuk. Awan ribut tersebut menjadi lebih intens dengan cepat (ditunjukkan oleh warna merah dan kuning) dan menyebabkan hujan lebat diantara 3 hingga 5 petang. Selepas itu, aktiviti ribut petir menjadi semakin kurang dan hujan pula mula berhenti dikebanyakan tempat. 4. KesimpulanHujan lebat dan banjir kilat yang berlaku di Johor Baru pada petang 18 April 2006 adalah hasil daripada pembentukkan awan ribut tempatan (localized storms). Hujan lebat yang turun dalam tempoh masa yang singkat telah menyebabkan banjir kilat berlaku di beberapa tempat di bandar Johor Baru. |
|