Pengenalan
Fungsi
Perkhidmatan
Carta Organisasi Bahagian
Piagam Pelanggan
Penerbitan
Orang Dihubungi

PENGENALAN

Bahagian Kajicuaca Lautan Oseanografi (BKLO) telah ditubuhkan pada tahun 1975. Fungsi utamanya ketika itu ialah membekalkan maklumat dan perkhidmatan meteorologi marin dan oseanografi dalam menyokong pelbagai operasi marin di perairan negara dan laut sekitarnya.

fungsi

Memantau dan mengeluarkan ramalan tentang keadaan cuaca dan laut di kawasan perairan negara 
Mengurus data kajicuaca lautan dan oseanografi
Memberi khidmat teknikal kepada pelanggan berkaitan kajicuaca lautan dan oseanografi

perkhidmatan

Mengeluarkan ramalan cuaca am dan keadaan laut bagi perairan Malaysia dan laut sekitarnya.
Mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora serta amaran cuaca buruk berkaitan kehadiran taufan atau ribut tropika di perairan negara.

Mengeluarkan ramalan bagi tempat tertentu untuk penerokaan dan penghasilan minyak serta gas, pelbagai kerja kejuruteraan laut, tinjauan hidrografik, perikanan, perkapalan, sukan laut, khidmat feri dan rekreasi.

Mengeluarkan ramalan untuk operasi membersih tumpahan minyak dan juga operasi mencari dan menyelamat
Menyediakan laporan tentang keadaan laut dan cuaca untuk tujuan penyiasatan kemalangan laut yang melibatkan kapal tenggelam atau kerosakan kargo.
Menerbitkan maklumat iklim meteorologi lautan dan oseanografi.
Mengarkib data hasil daripada pencerapan kapal sukarela, pelantar-pelantar minyak dan rumah api.
Mengarkib data hasil daripada pencerapan kapal sukarela, pelantar-pelantar minyak dan rumah api.

BKLO akan terus memantau keadaan cuaca dan laut secara berterusan demi memastikan keselamatan nyawa di laut terjamin di samping mengurangkan kerugian harta benda. Pengawasan ini turut dibantu oleh perkhidmatan lain yang terdapat dalam JMM dan juga kerjasama daripada syarikat-syarikat minyak yang menghantar hasil pencerapan keadaan laut dan cuaca dari pelantar-pelantar minyak mereka yang terdapat di perairan Malaysia. Melalui Program Pencerapan Kapal Secara Sukarela, kapal-kapal perdagangan juga turut memberikan sumbangan yang besar keatas pengawasan perairan Malaysia dengan menghantarkan data-data pencerapan meteorologi dan oseanografi yang mereka lakukan.

 

[ Kembali ] [ Seterusnya ]