![]() |
|
|
|
|
|
|
||||||
|
Apakah
El Nino ? Setiap
tiga ke tujuh tahun, suatu arus laut yang panas menggantikan suatu arus
laut yang kebiasaannya sejuk di luar pantai Peru, Amerika Selatan.
Fenomena lautan yang diperhatikan ini dipanggil El Nino.
Pemanasan lautan ini didapati berlaku di kawasan yang
luas meliputi Pasifik tengah dan timur serta mempunyai kaitan
dengan keadaan kejadian luar biasa cuaca
yang ketara di tempat-tempat tertentu di dunia seperti banjir yang teruk
dan kemarau yang berpanjangan. Di
Asia Tenggara, Indonesia dan Australia, keadaan-keadaan lebih kering
dari normal berlaku sementara di Pasifik tengah dan timur berhampiran
khatulistiwa kebiasaannya lembap dialami. Secara
lazimnya, El Nino berlaku untuk tempoh
9 ke 18 bulan. Biasanya
ia mula terbentuk pada awal tahun, berada dikemuncak pada akhir tahun
dan menjadi lemah pada awal tahun yang berikutnya.
El Nino yang mempunyai keamatan yang sama tidak semestinya
menghasilkan corak iklim
yang sama. Bagaimana
El Nino dikaitkan dengan keadaan-keadaan atmosfera? Semasa
El Nino, perairan yang lebih panas di Pasifik tengah dan timur
membekalkan haba dan
lembapan tambahan kepada atmosfera yang berada di
atasnya. Ini mendorong pergerakan menaik yang kuat dan dengan demikian
merendahkan tekanan permukaan di dalam kawasan pergerakan menaik itu.
Udara lembap yang naik itu terpeluwap lalu membentuk kawasan ribut petir
yang luas dan hujan lebat di kawasan berkenaan. Di bahagian barat
Pasifik termasuk Malaysia,
tekanan atmosfera meningkat, menyebabkan cuaca menjadi lebih kering.
120oE
80o W
Di
rajah di atas, tekanan permukaan atmosfera rendah (L) terletak
dalam permukaan
perairan lautan yang lebih
panas. Semasa
ketiadaan El Nino, tekanan permukaan di Pasifik barat biasanya rendah
manakala di tengah dan timur Pasifik adalah tinggi.
Di bawah keadaan ini, pada amnya Pasifik barat adalah lembap
sementara Pasifik tengah dan timur adalah kering.
Corak
tekanan permukaan yang
berselang-seli di
kawasan
tropika Lautan Pasifik, yang mana keadaan lautan bertukar dari El Nino
ke normal dipanggil Ayunan Selatan (SO). Hubungan di antara atmosfera
dan lautan semasa kejadian El-Nino ini dikenali sebagai El Nino-Ayunan
Selatan (El-Nino Southern Oscillation, ENSO). Adakah
fasa yang berlawanan dengan fasa El Nino (La Nina) ? Pada
masa-masa tertentu, walaupun tidak selalu, suhu permukaan laut di
Pasifik tengah dan timur menjadi lebih rendah dari biasa. Fenomena ini
di panggil La Nina - keadaan bertentangan dengan El Nino. Dalam keadaan
ini, tekanan atmosfera permukaan di kawasan khatulistiwa Pasifik barat
menurun, menyebabkan pembentukkan
awan yang lebih dan hujan lebat.
Semasa
keadaan-keadaan La Nina, tekanan atmosfera yang tinggi (H) terbentuk
di Pasifik tengah dan timur manakala tekanan rendah (L)
berkedudukan lebih ke arah
Pasifik barat. Bagaimana
kita memantau El Nino dan reaksi
atmosfera? Parameter-parameter
asas yang digunakan untuk memantau El Nino dan reaksi atmosfera
termasuklah suhu permukaan laut di kawasan
khatulistiwa
Lautan Pasifik, suhu di bawah permukaan lautan sehingga ke kedalaman
150m, keadaan awan serta corak hujan yang luar biasa. Oleh
kerana tekanan atmosfera dan suhu laut berkait rapat, suatu indeks
atmosfera yang dipanggil Indeks Ayunan Selatan (Southern Oscillation
Index, SOI) juga digunakan untuk mengukur reaksi atmosfera ini.
Indeks ini dihitung dari perbezaan keadaan turun-naik tekanan
udara bulanan antara Tahiti (mewakili Pasifik timur) dan Darwin (mewakili
Pasifik barat). Jika
terdapat nilai negatif yang nyata bagi SOI, berpanjangan selama
sekurang-kurangannya 6 bulan, kita mengalami keadaan EL Nino.
Lebih besar nilai negatif lebih tinggi keamatan El Nino.
Sebaliknya, nilai positif tinggi menunjukkan keadaan La Nina.
Southern
Oscillation Index (SOI) El
Nino/La Nina yang kuat biasanya SOI yang berterusan mencapai nilai 1.5
atau lebih (negatif untuk El Nino) manakala kejadian yang
sederhana indeksnya turun-naik antara
0.8 dan 1.5. El Nino yang
lemah berlingkungan 0.4 dan 0.8. Kekerapan
berlakunya El Nino/La Nina Sejak
50 tahun kebelakangan ini, El Nino telah berlaku sebanyak 12 kali.
Dua kejadian El Nino yang terkuat pada abad yang lalu berlaku
pada 1982-83 dan 1997-98. Jadual berikut menyenaraikan tahun-tahun di
mana El Nino berlaku.
Kekerapan
berlakunya La Nina adalah kurang jika dibandingkan dengan El Nino.
Tahun-tahun di mana La Nina berlaku adalah disenaraikan di bawah:
Apakah
perubahan iklim semasa El Nino? Di
kawasan tropika, aktiviti-aktiviti ribut petir berpindah dari Pasifik
barat ke kawasan Pasifik tengah dan timur, menghasilkan keadaan kering
yang luar biasa di Malaysia, Indonesia, Filipina dan Australia Utara
semasa El Nino berlaku. Cuaca
yang lebih panas dan kering juga berlaku di Afrika Tenggara, India dan
Brazil Utara. Cuaca lebih lembap berlaku sepanjang pantai barat kawasan
tropika Amerika Selatan dan pantai teluk di Amerika Utara seperti
ditunjuk di rajah di bawah.
Apakah
impak yang tipikal di Malaysia.? Dengan
kehadiran El Nino yang sederhana/kuat, taburan hujan di Sabah dan
Sarawak akan berada jauh dibawah paras purata semasa monsun barat daya
(Jun-Ogos) dan monsun timur laut (November-Februari), sebaliknya di
Semenanjung Malaysia taburan hujan adalah dibawah paras purata hanya
semasa monsun barat daya (Jun-Ogos). Keadaan
El Nino yang lemah dikenalpasti memberi impak yang minimum kepada
taburan hujan di Malaysia. Tambahan
pula, taburan hujan di bawah dan atas paras purata boleh juga berlaku
dalam tahun-tahun yang bukan El Nino/La Nina. Maklumat
lanjut Jabatan Meteorologi Malaysia sentiasa mengemaskini ramalan cuaca bermusim di dalam laman web di http://www.met.gov.my Jabatan boleh dihubungi di 03-79678000. |
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||