BULETIN METEOROLOGI PERTANIAN 10 HARI      

ULASAN CUACA BAGI PENGGUNA MAKLUMAT PERTANIAN DI MALAYSIA

21hb – 31hb  DISEMBER 2008

RINGKASAN

Sepanjang tempoh dekad ketiga Disember 2008, Malaysia mengalami hujan pada paras normal hingga ke paras melebihi normal kecuali bagi kawasan di timur laut Semenanjung dan beberapa tempat di Sarawak yang mencatatkan hujan jauh melebihi normal pada tempoh ini. Sarawak dan timur laut Semenanjung Malaysia (Kelantan & beberapa kawasan di Terengganu) adalah lembap berbanding tempat-tempat lain diseluruh negara dengan jumlah hujan tercatat di kawasan ini melebihi 200 mm. Sementara itu, di sebelah barat daya Semenanjung mengalami sedikit hujan berjumlah kurang dari 30 mm. Tempat-tempat lain di Negara menunjukkan jumlah hujan antara 50 hingga 100 mm pada tempoh ini.  Jumlah ini adalah membantu dalam aktiviti-aktiviti yang memerlukan jumlah hujan yang banyak tetapi tanaman di kawasan-kawasan yang dilanda banjir adalah musnah.  Walau bagaimanapun, pertumbuhan dan pembesaran akar mahupun pokok bagi sesetengah tanaman akan terjejas akibat keadaan lembap-tepu tanah yang berterusan terutamanya di kawasan-kawasan yang sangat lembap. Merujuk kepada suhu kebanyakan kawasan tanah rendah di Malaysia mencatatkan suhu pada paras  normal hingga melebihi paras normal pada tempoh ini. Bagaimanapun, Melaka, Kluang dan Kota Kinabalu mencatatkan suhu jauh melebihi paras normal manakala Kuala Terengganu mencatatkan suhu jauh di bawah paras normal. Bagaimanapun secara amnya, keadaan ini tidak memberikan kesan yang signifikan ke atas pertumbuhan tanaman.

 

 

 

1.  ULASAN CUACA

1.1  HUJAN

 Pada dekad ketiga disember 2008, Malaysia mengalami hujan pada paras normal hingga ke paras melebihi normal kecuali bagi kawasan di timur laut Semenanjung dan beberapa tempat di Sarawak yang mencatatkan hujan jauh melebihi normal pada tempoh ini. Keadaan ini ditunjukkan dalam peta pada Rajah 2.  Peta Jumlah Hujan (mm) pada Rajah 1 di bawah, menunjukkan bahawa Sarawak dan timur laut Semenanjung Malaysia (Kelantan & beberapa kawasan di Terengganu) adalah lembap berbanding tempat-tempat lain diseluruh negara dengan jumlah hujan tercatat di kawasan ini melebihi 200 mm. Sementara itu, di sebelah barat daya Semenanjung mengalami sedikit hujan berjumlah kurang dari 30 mm. Tempat-tempat lain di Negara menunjukkan jumlah hujan antara 50 hingga 100 mm. Tempat-tempat lain di Semenanjung menerima jumlah hujan kurang dari 30 pada tempoh ini.  Jumlah hujan yang tertinggi iaitu 442 mm telah direkodkan di Kota Bharu, Kelantan di mana 9 dari tempoh 11 hari tersebut adalah hujan. Secara amnya, kebanyakan tempat di Malaysia mencatatkan di antara 3 hingga 7 hari hujan. Tempat-tempat lain mencatatkan antara 8 hingga 8 hari hujan, sementara di kawasan-kawasan yang sangat lembap mencatatkan antara 1, dan 10 hari hujan.      

     


Rajah 1 : Jumlah Hujan (mm)
Sila klik untuk paparan lebih jelas.

Rajah 2 : Peratusan Hujan Daripada Normal (%)
Sila klik untuk paparan lebih jelas.

Rajah 3 : Keadaan Cuaca Ekstrim
Sila klik untuk paparan lebih jelas.

 

1.2  SEJATAN

Amnya, Malaysia merekodkan kadar sejatan di bawah normal ke paras normal sementara Selangor mencatatkan kadar sejatan di atas paras normal. Rajah 4 di bawah menunjukkan bahawa kebanyakan tempat di Semenanjung Malaysia dan Malaysia Timur merekodkan 3.0 hingga 4.5 mm kadar sejatan harian. Dalam tempoh dekad ini kadar sejatan yang terendah berjulat 1.6 mm dicatatkan di utara Kelantan. Barat daya Semenanjung (Selangor, Negeri Sembilan & Melaka) merekodkan 4.6 hingga 4.8 mm kadar sejatan harian, iaitu yang tertinggi sepanjang tempoh ini.  

 

Rajah 4: Purata Sejatan Harian (mm)
Sila klik untuk paparan lebih jelas.

[ Seterusnya ]