1.3  SINARAN SOLAR

Amnya, kebanyakan tempat di Malaysia merekodkan sinaran solar pada paras normal. Pada Rajah 5 dibawah menunjukkan kebanyakan tempat di Semenanjung Malaysia mencatatkan antara 10 hingga 13  MJm-2 sinaran solar harian manakala kebanyakan kawasan di Malaysia Timur merekodkan 13 hingga 16  MJm-2 sinaran solar harian. Kawasan kecil di Kelantan mencatatkan nilai terendah sinaran solar harian di dalam tempoh ini. Sementara itu, sinaran solar tertinggi direkodkan di Selangor dengan catatan melebihi daripada 16  MJm-2 .

 

Rajah 5 : Purata Sinaran Solar Harian (MJm-2)

Click here for clearer image.

 

1.4  SUHU

Amnya, kebanyakan kawasan tanah rendah di Malaysia mencatatkan suhu pada paras  normal hingga melebihi paras normal pada tempoh ini. Bagaimanapun, Melaka, Kluang dan Kota Kinabalu mencatatkan suhu jauh melebihi paras normal manakala Kuala Terengganu mencatatkan suhu jauh di bawah paras normal.  Purata suhu harian adalah di antara 23.9ºC dan 28.1ºC. Suhu yang tertinggi untuk tempoh ini adalah 35.2ºC yang dicatatkan di Ipoh, Perak. Sementara itu, suhu yang terendah  adalah 19.6ºC yang telah direkodkan di Kemaman, Terengganu. Selain itu, purata suhu harian yang direkodkan di Cameron Highlands adalah 17.1ºC dengan nilai suhu yang tertinggi dan terendah masing-masing adalah 22.7ºC dan 14.3ºC. Suhu purata bagi kawasan ini adalah pada paras normal untuk tempoh ini.

  

Rajah 6 : Sisihan Normal bagi purata Suhu (°C) pada 29 Stesen Meteorologi Utama
Di Malaysia

 

2.  TABURAN KELEMBAPAN TANAH

Peta Taburan Kelembapan Tanah pada Rajah 7 menunjukkan taburan kelembapan tanah harian bagi Malaysia pada 31 Disember  2008.  Secara amnya, Malaysia mengalami keadaan tanah yang sangat lembap pada hari tersebut dengan mencatatkan kandungan kelembapan tanah antara 80 hingga 100%.

Kelembapan tanah yang diperlihatkan di dalam peta adalah merupakan nilai-nilai yang menunjukkan jumlah air dalam tanah pada kedalaman 1m daripada paras permukaan tanah yang mendatar. Ia merupakan anggaran air harian dengan menggunakan kaedah pengimbangan air. Jumlah hujan harian adalah input kepada kandungan air dalam tanah.  Di sini, kadar evapotranspirasi  harian dianggarkan menggunakan Formula Penman-Monteith yang telah diubahsuai yang mana formula tersebut memerlukan input-input yang terdiri dari elemen-elemen berikut iaitu purata suhu harian, kelembapan udara, sinaran solar dan kelajuan angin. Elemen-elemen cuaca yang disebutkan ini termasuk hujan dicerap di stesen-stesen kajicuaca utama Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM) di seluruh negeri. Beberapa stesen yang dicerap oleh pemerhati yang bukan kakitangan JMM juga terlibat untuk mendapatkan kawasan liputan yang lebih baik. Biasanya, di stesen-stesen ini tiada pencerapan untuk sinaran solar justeru tempoh sinaran matahari digunakan untuk menganggar sinaran solar menggunakan Persamaan Angstrom. Analisis ruang ini dihasilkan dengan menggunakan perisian ArcView.

Dianggarkan, kapasiti menampung air adalah 30cm pada kedalaman 1m tanah.  Nilai-nilai bagi “field capacity” dan “wilting point” masing-masing dianggarkan sebagai 0.3 dan 0.1.  Penjelasan mengenai peta ini dapat diperhatikan dengan merujuk jadual di bawah :

 

Kelembapan Tanah

Keadaan

> 30%

Sangat Lembap

25 – 30%

Lembap

20 – 25%

Sederhana

15 – 20%

Kering

< 15%

Sangat Kering


Rajah 7 : Taburan Kelembapan Tanah

Click here for clearer image.

 

3.  TINJAUAN CUACA UNTUK DEKAD AKAN DATANG (11hb. – 21hb. Januari 2009)

Berdasarkan klimatologi (Rajah 8), pada tempoh dekad ketiga bulan Januari, keseluruhan  tempat di Malaysia timur adalah masih lembap khususnya di barat Sarawak dan timur Sabah. Ini juga merupakan corak yang biasa ditemui ketika musim monsun timur laut. Kebanyakan tempat di Semenanjung Malaysia menerima hujan antara 30 hingga 70mm kecuali di kawasan barat laut Semenanjung menerima hujan kurang dari 30mm. 

Untuk ramalan bagi tempoh 10 hari akan datang, angin dari timur laut selaju 15 hingga 20 knot dijangka akan terus bertiup di kawasan kita. Rabung khatulistiwa bergerak ke selatan di selatan kepulauan Borneo. Jumlah hujan di Semenanjung adalah di antara 30 hingga 100mm dan jumlah ini adalah kurang berbanding dekad sebelumnya. Manakala Sarawak dijangka menerima hujan antara 30 hingga 100mm dan Sabah di antara 30 hingga 80mm.

 

 

Rajah 8 : Hujan(mm) untuk tempoh 11hb – 20hb Januari 2009

berdasarkan kepada rekod-rekod klimatologi jangka panjang

Click here for clearer image.

 

4.  JANGKAAN KESAN CUACA KE ATAS PERTANIAN PADA TEMPOH DEKAD AKAN DATANG (11hb – 20hb Januari 2009)

Amnya, kebanyakan tempat di Malaysia timur akan masih mengalami keadaan lembap dengan hujan dijangka antara 30 hingga 100mm.  Jumlah hujan di Malaysia pada tempoh ini adalah sangat membantu bagi aktiviti-aktiviti tanaman yang memerlukan air yang banyak.  Walau bagaimanapun, kelembapan tepu tanah yang berterusan akan menghadkan pertumbuhan serta perkembangan akar bagi sesetengah tanaman terutama di barat Sarawak dan timur Sabah. Sementara di bahagian barat laut Semenanjung (Perlis, Kedah dan P.Pinang), jumlah hujan dijangka kurang dari 30mm. Tanaman di kawasan ini jika tidak disaliri dengan baik akan mengalami kekurangan lembapan dan seterusnya hasil pengeluaran dijangka akan berkurangan.  

 

[ Kembali ]